Wednesday 11 May 2011

Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif KADA

P5033309 P5033296

Program Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) telah diadakan kepada pegawai-pegawai KADA yang terlibat pada 3 hingga 5 Mei 2011 di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. Bengkel ini telah dihadiri oleh 50 orang peserta yang terdiri dari fasilitator, ketua kumpulan dan ahli-ahli KIK yang terdiri dari pelbagai peringkat gred dan kumpulan.

P5043330

Bengkel ini telah dikendalikan oleh dua orang fasilitator/penceramah jemputan khas dari Institut Tadbiran Awam (INTAN), Kampus Wilayah Timur (Kemaman, Terengganu) iaitu En Mazri b Mamat dan En Zabidi b Ahmad. Objektif bengkel ini adalah seperti berikut:

1.  Meningkatkan pengetahuan mengenai konsep, struktur, prinsip dan amalan yang terdapat dalam program Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK);

2. Meningkatkan kemahiran bekerja secara berkumpulan dengan menggunakan alat-alat dan teknik-teknik menyelesaikan masalah;

3.  Meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam melaksanakan projek-projek KIK

P5043333P5043332

Semasa bengkel ini, peserta dipecahkan kepada enam (6) kumpulan mengikut projek masing-masing iaitu:

1. Kumpulan Pengurusan

2. Kumpulan Industri Padi

3. Kumpulan Penyelarasan

4. Kumpulan Kejuruteraan Mekanikal

5. Kumpulan Pengairan

6. Kumpulan Kejuruteraan Elektrikal

P5043327 P5043324

Bengkel ini memberi pendedahan kepada peserta dengan perkara-perkara berikut

  • Pengenalan, Konsep dan Pelaksanaan KIK
  • Cara-cara mengenalpasti projek dan teknik pemilihan projek
  • Persembahan mengenalpasti dan memilih projek
  • Analisis proses kerja/carta aliran dan penetapan projek
  • Teknik pengumpulan data/analisis dan persembahan data dalam projek KIK.
  • Pelaksanaan dan penilaian/pemantauan dan penyeragaman projek
  • Penggunaan PDCA/integrasi semua teknik persembahan kumpulan

P5053347 P5053367

P5053369 P5053363

Pada hari terakhir bengkel, semua kumpulan dikehendaki mempersembahkan idea kreatif untuk projek kumpulan masing-masing. Dengan pelaksanaan bengkel ini diharap peserta dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengetahuan yang telah diperolehi agar terus mengangkat KADA melalui amalan budaya cemerlang dalam perkhidmatan dan tugasan harian.

Pihak pengurusan KADA juga ribuan terima kasih kepada Encik Mazri b Mamat dan Encik Zabidi b Ahmad di atas tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan disepanjang bengkel ini.