Monday 2 April 2012

PROGRAM CERAMAH 'KESERONOKAN BEKERJA'

Pada 12 Februari 2012 satu program ceramah bertajuk 'KESERONOKAN BEKERJA' telah diadakan kepada pegawai-pegawai KADA bertempat di Auditorium, ibupejabat KADA di Jalan Dato' Lundang Kota Bharu.

Program ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari peringkat kumpulan sokongan dari pelbagai skim perkhidmatan berjumlah seramai 124 orang. 

Penyampaian ceramah disampaikan oleh En Nasarudin b Ab Aziz, wakil daripada Perunding Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM). Program ini bertujuan untuk memberi motivasi dan idea kepada peserta mengenai tips bagaimana untuk menjadi seronok di tempat kerja.

Pihak urusetia berharap dengan adanya program yang berlangsung selama dua (2) jam ini dapat memberi manfaat kepada peserta dan dapat dijadikan panduan serta motivasi kepada pegawai dalam menjalankan tugas harian di tempat bertugas masing-masing.


En Nasaruddin b Ab Aziz begitu bersemangat menyampaikan ceramah

peserta begitu tekun mendengar dan mencatat isi ceramah sebagai panduan

ramai yang hadir dan memenuhi dewan auditorium ini

peserta lelaki juga mendengar dengan penuh minat..

Sunday 25 March 2012

Program Latihan 2012

1. Kursus Pemahaman Mesyuarat Agong PPK - 2 Jan 2012 (62 orang/PLP Melor)

2. Program Promosi Kesihatan dan Senaman Ringkas - 19 Jan 2012 (68 org/PLP Melor)

3. Program Transformasi Teknologi Padi Bil.1/2011 PKP KBS - 29-31 Jan 2012 (15org/IADA Sekinchan)

4. Seminar 1Malaysia - 29 Jan 2012 - (100org/Auditorium KADA)

5. Kursus Team Building 1Misi 1Organisasi 1Negara - 1-4 Feb 2012 (38org/Bukit Gambang Resort)

6. Program Transformasi Teknologi Padi Bil.2/2011 PKP Bck - 7-9 Feb 2012 (13org/IADA,Sekinchan)

7. Ceramah Keseronokan Bekerja - 12 Feb 2012 (124org/Auditorium KADA)

 8. Program Kor Tani Generasi Ke-2 PKP KBS Siri1/2012 pg - 13 Feb 2012 (82org/PLP Melor)

9. Program Kor Tani Generasi Ke-2 PKP KBS Siri.2/2012 ptg - 13 Feb 2012 (64org/PPK Jaya Peringat)

10.Program Transformasi Teknologi Padi Bil.3/2012 PKP PM - 15-17 Feb 2012 (17org/IADA Sekinchan)

11.Bengkel Perancangan Program Latihan Tahun 2012 - 15-16 Feb 2012 (35org/Demong Beach Resort)

12.Bengkel Penilaian dan Tindakan Projek Benih Padi Sah KADA Tahun 2012 - 17-19 Feb 2012
    (23org/Tok Aman Bali)

13.Program Kor Tani Generasi Ke-2 PKP KBS Siri3/2012 - 18 Feb 2012 (78org/PLP Melor)

14.Sesi Latihan Carian Lot Melalui Map Info dan Google Maps - 19 Feb 2012 (19org/Bilik Ilusi KADA)

15.Program Kor Tani Generasi Ke-2 PKP KBS Siri4/2012 pg - 19 Feb 2012 (73org/PLP Melor)

16.Program Kor Tani Generasi Ke-2 PKP KBS Siri5/2012 ptg - 19 Feb 2012 (73org/PLP Melor)

17.Program Transformasi Teknologi Padi Bil.4/2011 PKP Bck - 21-23 Feb 2012 (13org/IADA Sekinchan)

18.Program Kor Tani Generasi Ke-2 PKP KBS Siri6/2012 - 21 Feb 2012 (112org/PLP Melor)

19.Kursus Latihan SAGA: Modul Purchasing Inden Kerja 21 Feb 2012 (17org/Bilik Ilusi KADA)

20.Program Kor Tani Generasi Ke-2 PKP KBS Siri7/2012 - 25 Feb 2012 (91org/PLP Melor)

21.Roadshow Dasar Agro Makanan Peringkat Zon Timur - 27 Feb 2012 ( 20org/Auditorium KADA)

22.Program Kor Tani Generasi Ke-2 PKP KBS Siri8/2012 - 27 Feb 2012 (126org/PLP Melor)

23.Program Kor Tani Generasi Ke-2 PKP KBS Siri9/2012 - 27 Feb 2012 (114org/PLP Melor)

24.Program Kor Tani Generasi Ke-2 PKP KBS Siri 10/2012 - 4 Mac 2012 (44org/PLP Melor)

25.Program Transformasi Teknologi Padi Bil.5/2011 PPK Tg Puri - 5-7 Mac 2012 (20org/IADA Sekinchan)

26.Program Kor Tani Generasi Ke-2 PKP KBS Siri 11/2012 - 10 Mac 2012 (220org/PLP Melor)

27.Seminar 1Malaysia Siri 1 - 13 Mac 2012 (101org/PKP Pasir Mas)

28.Taklimat Produk Pertanian Bayer Cropscience - 14 Mac 2012 (60org/Auditorium KADA)

29.Bengkel Perancangan Strategik KADA - 17-20 Mac 2012 (40org/Tok Aman Bali Resort)

Thursday 15 March 2012

Program Promosi Kesihatan dan Senaman Ringkas Anjuran Bersama HUSM

Tarikh: 19 Januari 2012
Tempat: Pusat Latihan KADA Melor
Bilangan Peserta : 64 orang 
Sasaran Peserta : Umur 30 ke atas (Semua Gred)

Objektif program ini ialah untuk memberi peluang kepada peserta membuat pemeriksaan tahap kesihatan fizikal dan dalaman serta memberi pengetahuan dan tips penjagaan kesihatan yang sepatutnya sesuai dengan peringkat umur dan tahap kesihatan masing-masing.