Monday 2 April 2012

PROGRAM CERAMAH 'KESERONOKAN BEKERJA'

Pada 12 Februari 2012 satu program ceramah bertajuk 'KESERONOKAN BEKERJA' telah diadakan kepada pegawai-pegawai KADA bertempat di Auditorium, ibupejabat KADA di Jalan Dato' Lundang Kota Bharu.

Program ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari peringkat kumpulan sokongan dari pelbagai skim perkhidmatan berjumlah seramai 124 orang. 

Penyampaian ceramah disampaikan oleh En Nasarudin b Ab Aziz, wakil daripada Perunding Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM). Program ini bertujuan untuk memberi motivasi dan idea kepada peserta mengenai tips bagaimana untuk menjadi seronok di tempat kerja.

Pihak urusetia berharap dengan adanya program yang berlangsung selama dua (2) jam ini dapat memberi manfaat kepada peserta dan dapat dijadikan panduan serta motivasi kepada pegawai dalam menjalankan tugas harian di tempat bertugas masing-masing.


En Nasaruddin b Ab Aziz begitu bersemangat menyampaikan ceramah

peserta begitu tekun mendengar dan mencatat isi ceramah sebagai panduan

ramai yang hadir dan memenuhi dewan auditorium ini

peserta lelaki juga mendengar dengan penuh minat..