Sunday 27 March 2011

Bengkel Pengurusan Pengeluaran Benih Padi Sah

Pada 3 hingga 6 Mac 2011 satu bengkel ‘Pengurusan Pengeluaran Benih Padi Sah’ telah di adakan di Hotel Copthorne Orchid di Pulau Pinang. Bengkel yang telah dihadiri oleh 30 orang peserta dari Bahagian Industri Padi dan Bahagian Institusi Peladang ini bertujuan untuk membincangkan tentang bagaimana pengurusan kuota benih padi sah akan dibuat oleh bahagian/PPK masing-masing mengikut sumber-sumber peruntukan yang diberikan.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YABrs Pengurus Besar KADA iaitu Tn Hj Ibrahim b Mat. Semasa bengkel ini sebanyak empat (4) kertas kerja telah dibentangkan sebagaimana berikut:

Kertas Kerja I - “Halatuju dan Pelan Strategik Pengeluaran Benih Padi Sah KADA” Oleh En Mat Naji b Abdullah, Pengarah Bhgn Industri Padi KADA.

Kertas Kerja II - “Perkongsian Pengalaman Pengusaha Ladang Benih di Projek Barat Laut Selangor (PBLS) oleh Tn Hj Jarnuri b Tahrir, Presiden Kelab 10 Tan Selangor.

Kertas Kerja III - “Prosedur dan Pematuhan Piawaian Skim Pengeluaran Benih Padi (SPBP) Jabatan Pertanian” oleh Tn Hj Pudzi Harun, Ketua Penolong Pengarah, Bhgn Tanaman Industri & Florikultur (PTIF) Jabatan Pertanian Kelantan.

Kertas Kerja IV – “ Pengurusan Ladang Benih dan Loji Benih-Cabaran dan Prospek” oleh Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Lahar Bubu, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Sesi bengkel pula dibahagikan kepada tiga (3) sesi perbincangan iaitu berkaitan dengan Modal Pusingan, Ladang Benih dan Pengurusan Organisasi.

Pada hari terakhir bengkel, peserta di bawa melawat ke Ladang Benih dan Loji Benih PPK Lahar Bubu, Pulau Pinang.