Showing posts with label Bengkel. Show all posts
Showing posts with label Bengkel. Show all posts

Wednesday, 11 May 2011

Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif KADA

P5033309 P5033296

Program Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) telah diadakan kepada pegawai-pegawai KADA yang terlibat pada 3 hingga 5 Mei 2011 di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. Bengkel ini telah dihadiri oleh 50 orang peserta yang terdiri dari fasilitator, ketua kumpulan dan ahli-ahli KIK yang terdiri dari pelbagai peringkat gred dan kumpulan.

P5043330

Bengkel ini telah dikendalikan oleh dua orang fasilitator/penceramah jemputan khas dari Institut Tadbiran Awam (INTAN), Kampus Wilayah Timur (Kemaman, Terengganu) iaitu En Mazri b Mamat dan En Zabidi b Ahmad. Objektif bengkel ini adalah seperti berikut:

1.  Meningkatkan pengetahuan mengenai konsep, struktur, prinsip dan amalan yang terdapat dalam program Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK);

2. Meningkatkan kemahiran bekerja secara berkumpulan dengan menggunakan alat-alat dan teknik-teknik menyelesaikan masalah;

3.  Meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam melaksanakan projek-projek KIK

P5043333P5043332

Semasa bengkel ini, peserta dipecahkan kepada enam (6) kumpulan mengikut projek masing-masing iaitu:

1. Kumpulan Pengurusan

2. Kumpulan Industri Padi

3. Kumpulan Penyelarasan

4. Kumpulan Kejuruteraan Mekanikal

5. Kumpulan Pengairan

6. Kumpulan Kejuruteraan Elektrikal

P5043327 P5043324

Bengkel ini memberi pendedahan kepada peserta dengan perkara-perkara berikut

  • Pengenalan, Konsep dan Pelaksanaan KIK
  • Cara-cara mengenalpasti projek dan teknik pemilihan projek
  • Persembahan mengenalpasti dan memilih projek
  • Analisis proses kerja/carta aliran dan penetapan projek
  • Teknik pengumpulan data/analisis dan persembahan data dalam projek KIK.
  • Pelaksanaan dan penilaian/pemantauan dan penyeragaman projek
  • Penggunaan PDCA/integrasi semua teknik persembahan kumpulan

P5053347 P5053367

P5053369 P5053363

Pada hari terakhir bengkel, semua kumpulan dikehendaki mempersembahkan idea kreatif untuk projek kumpulan masing-masing. Dengan pelaksanaan bengkel ini diharap peserta dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengetahuan yang telah diperolehi agar terus mengangkat KADA melalui amalan budaya cemerlang dalam perkhidmatan dan tugasan harian.

Pihak pengurusan KADA juga ribuan terima kasih kepada Encik Mazri b Mamat dan Encik Zabidi b Ahmad di atas tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan disepanjang bengkel ini.

Sunday, 27 March 2011

Bengkel Pengurusan Pengeluaran Benih Padi Sah

Pada 3 hingga 6 Mac 2011 satu bengkel ‘Pengurusan Pengeluaran Benih Padi Sah’ telah di adakan di Hotel Copthorne Orchid di Pulau Pinang. Bengkel yang telah dihadiri oleh 30 orang peserta dari Bahagian Industri Padi dan Bahagian Institusi Peladang ini bertujuan untuk membincangkan tentang bagaimana pengurusan kuota benih padi sah akan dibuat oleh bahagian/PPK masing-masing mengikut sumber-sumber peruntukan yang diberikan.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YABrs Pengurus Besar KADA iaitu Tn Hj Ibrahim b Mat. Semasa bengkel ini sebanyak empat (4) kertas kerja telah dibentangkan sebagaimana berikut:

Kertas Kerja I - “Halatuju dan Pelan Strategik Pengeluaran Benih Padi Sah KADA” Oleh En Mat Naji b Abdullah, Pengarah Bhgn Industri Padi KADA.

Kertas Kerja II - “Perkongsian Pengalaman Pengusaha Ladang Benih di Projek Barat Laut Selangor (PBLS) oleh Tn Hj Jarnuri b Tahrir, Presiden Kelab 10 Tan Selangor.

Kertas Kerja III - “Prosedur dan Pematuhan Piawaian Skim Pengeluaran Benih Padi (SPBP) Jabatan Pertanian” oleh Tn Hj Pudzi Harun, Ketua Penolong Pengarah, Bhgn Tanaman Industri & Florikultur (PTIF) Jabatan Pertanian Kelantan.

Kertas Kerja IV – “ Pengurusan Ladang Benih dan Loji Benih-Cabaran dan Prospek” oleh Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Lahar Bubu, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Sesi bengkel pula dibahagikan kepada tiga (3) sesi perbincangan iaitu berkaitan dengan Modal Pusingan, Ladang Benih dan Pengurusan Organisasi.

Pada hari terakhir bengkel, peserta di bawa melawat ke Ladang Benih dan Loji Benih PPK Lahar Bubu, Pulau Pinang.

Bengkel Penyediaan Modul Kursus KADA 2011

Bengkel Penyediaan Modul Kursus KADA tahun 2011 telah diadakan pada 9-10 Februari di Demong Beach Resort, Besut , Terengganu. Bengkel 2 hari 1 malam ini telah dihadiri oleh 25 orang pegawai yang mana setiap bahagian menghantar wakil masing-masing bagi membentangkan Kertas Cadangan Kursus yang diperlukan oleh bahagian masing-masing.

Hasilnya, sebanyak 45 kertas cadangan kursus telah berjaya dikumpulkan melalui bengkel ini. Semasa bengkel ini juga peserta telah berbincang dari segi keperluan kursus dan keutamaan kursus yang dipohon. Sehubungan itu, satu Jadual Program Latihan Tahun 2011 telah diatur oleh Cawangan Kompetensi & Kerjaya bagi pelaksanaan kursus tersebut sepanjang tahun ini mengikut keutamaan dan keperluan bahagian yang terlibat.