Sunday 27 March 2011

Seminar Penghayatan Dasar-dasar Kerajaan kepada Penjawat KADA

DSC_0051
Pada 20 Februari 2011, satu seminar yang bertajuk ‘Seminar Penghayatan Dasar-dasar Kerajaan’ telah di adakan kepada hampir 400 orang pegawai KADA dari Kumpulan P&P, Sokongan 1 dan Sokongan 2 di Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bharu. 
DSC_0054 DSC_0055
Seminar satu hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman kepada pegawai-pegawai KADA berkaitan dasar-dasar kerajaan di mana beberapa orang penceramah yang hebat telah dijemput untuk memberi ceramah di seminar ini. Mereka ialah YABhg Dato’ Mohd Hashim b Abdullah (KSU Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani), YBhg Datuk Hj Mohd Shukri b Abdull (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM Malaysia), YBhg Dato Shahlan b Ismail (Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia) dan YBrs Ustaz Wan Mohd Jaapar Wan Ahmad (Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM)). 
Di dalam seminar ini, sebanyak empat (4) Kertas Kerja telah dibentangkan sebagaimana berikut:
DSC_0059 DSC_0077
1. Konsep 1 Malaysia oleh Setiausaha Politik PM
DSC_0101 DSC_0103
2. Dasar-dasar MoA oleh Dato' KSU Kementerian Pertanian
DSC_0122 DSC_0117
3. Integriti dalam Perkhidmatan Awam  Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM
DSC_0135 DSC_0064
4. Nilai-nilai Murni oleh Ustaz Wan Jaapar, Bahagian Dakwah,  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
DSC_0139
Secara keseluruhannya, semua peserta sangat berpuas hati dengan isi kandungan setiap ceramah dan perjalanan majlis sepanjang seminar tersebut diadakan.

Sesi Percambahan Idea Bagi Penyediaan Perkhidmatan Sistem MySMS KADA

Pada 7 Mac 2011, satu program Taklimat Sistem MySMS KADA telah dianjurkan oleh Cawangan Pembangunan Teknologi & Maklumat (CPTM) KADA bagi menerangkan perkhidmatan MySMS yang bakal diketengahkan kepada semua pegawai dan golongan sasar KADA. Sesi Taklimat telah diberikan oleh Puan Siti Salwani Mustapha, Ketua Cawangan Pembangunan Teknologi & Maklumat, Bahagian Pembangunan & Perancangan KADA.

Program ini hadiri hampir enampuluh (60) orang pegawai dari Gred 22 ke atas. Semasa sesi percambahan idea ini, para pegawai dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi membincangkan cadangan perkhidmatan yang sesuai bagi penyediaan Sistem MySMS tersebut. Hasilnya, sebanyak lebih 40 idea dan cadangan telah berjaya dikemukakan kepada pihak pengurusan untuk diketengahkan.

Program ini berakhir pada jam 1 tengahari dengan ucapan penutup program oleh Tn Hj Nik Roslan b Idris, Pengarah Bahagian Pembangunan & Perancangan KADA serta majlis jamuan makan tengahari kepada pegawai yang hadir.

Bengkel Pengurusan Pengeluaran Benih Padi Sah

Pada 3 hingga 6 Mac 2011 satu bengkel ‘Pengurusan Pengeluaran Benih Padi Sah’ telah di adakan di Hotel Copthorne Orchid di Pulau Pinang. Bengkel yang telah dihadiri oleh 30 orang peserta dari Bahagian Industri Padi dan Bahagian Institusi Peladang ini bertujuan untuk membincangkan tentang bagaimana pengurusan kuota benih padi sah akan dibuat oleh bahagian/PPK masing-masing mengikut sumber-sumber peruntukan yang diberikan.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YABrs Pengurus Besar KADA iaitu Tn Hj Ibrahim b Mat. Semasa bengkel ini sebanyak empat (4) kertas kerja telah dibentangkan sebagaimana berikut:

Kertas Kerja I - “Halatuju dan Pelan Strategik Pengeluaran Benih Padi Sah KADA” Oleh En Mat Naji b Abdullah, Pengarah Bhgn Industri Padi KADA.

Kertas Kerja II - “Perkongsian Pengalaman Pengusaha Ladang Benih di Projek Barat Laut Selangor (PBLS) oleh Tn Hj Jarnuri b Tahrir, Presiden Kelab 10 Tan Selangor.

Kertas Kerja III - “Prosedur dan Pematuhan Piawaian Skim Pengeluaran Benih Padi (SPBP) Jabatan Pertanian” oleh Tn Hj Pudzi Harun, Ketua Penolong Pengarah, Bhgn Tanaman Industri & Florikultur (PTIF) Jabatan Pertanian Kelantan.

Kertas Kerja IV – “ Pengurusan Ladang Benih dan Loji Benih-Cabaran dan Prospek” oleh Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Lahar Bubu, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Sesi bengkel pula dibahagikan kepada tiga (3) sesi perbincangan iaitu berkaitan dengan Modal Pusingan, Ladang Benih dan Pengurusan Organisasi.

Pada hari terakhir bengkel, peserta di bawa melawat ke Ladang Benih dan Loji Benih PPK Lahar Bubu, Pulau Pinang.

Bengkel Penyediaan Modul Kursus KADA 2011

Bengkel Penyediaan Modul Kursus KADA tahun 2011 telah diadakan pada 9-10 Februari di Demong Beach Resort, Besut , Terengganu. Bengkel 2 hari 1 malam ini telah dihadiri oleh 25 orang pegawai yang mana setiap bahagian menghantar wakil masing-masing bagi membentangkan Kertas Cadangan Kursus yang diperlukan oleh bahagian masing-masing.

Hasilnya, sebanyak 45 kertas cadangan kursus telah berjaya dikumpulkan melalui bengkel ini. Semasa bengkel ini juga peserta telah berbincang dari segi keperluan kursus dan keutamaan kursus yang dipohon. Sehubungan itu, satu Jadual Program Latihan Tahun 2011 telah diatur oleh Cawangan Kompetensi & Kerjaya bagi pelaksanaan kursus tersebut sepanjang tahun ini mengikut keutamaan dan keperluan bahagian yang terlibat.

Saturday 26 March 2011

Taklimat Sub Modul Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dalam Sistem HRMIS kepada Pegawai KADA

Pada 26 Januari 2011 satu taklimat berkenaan dengan Sub Modul Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dalam Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) telah diadakan di Auditorium KADA.

Taklimat selama 2 jam oleh wakil pegawai dari Kementerian Pertanian Industri Asas Tani (MOA) ini telah dihadiri oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P), Kumpulan Sokongan 1 dan Sokongan 2 yang mana terlibat secara langsung dalam penyediaan markah prestasi kepada pegawai di bawah seliaan masing-masing.

Di dalam taklimat ini, para pegawai telah diberi penerangan terperinci tentang prosedur dan langkah-langkah penyediaan pemarkahan menggunakan sistem HRMIS. Sesi ini juga telah memberi peluang kepada Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) untuk sesi soal jawab tentang bagaimana cara-cara pemarkahan yang betul diberikan kepada pegawai yang dinilai.

Taklimat berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan disusuli majlis makan tengahari kepada semua pegawai yang hadir.